Hai semua.
Mungkin sesetengah orang kenal sapa aku, mungkin ada sesetengah yang tak kenal. Dunia internet ni luas dan aku hanyalah salah seorang insan picisan di sini. Aku ingin mengucapkan selamat datang dan selamat berkenalan kepada pembaca baru dan selamat membaca kembali kepada sesiapa yang mengenali aku.
Aku tak nak cerita panjang sangat untuk post pertama, just nak menceritakan ke mana hala tuju blog ini dan juga harapan aku pada blog ni. Dengan berbekalkan setahun pengalaman (patut la orang kata setahun jagung) dalam dunia blogging secara serius, aku harap sebanyak mana ilmu yang aku dapat dari proses itu, dapat aku kongsikan dengan pembaca aku. Bukan nak kata aku master dalam blogging seperti sifu macam Rohaizad, tapi harap nyer apa yang aku ada, aku kongsikan kat blog hina ni jer.
Harapan dan matlamat aku adalah untuk perkongsian ilmu aku di sini dan juga menerima feedback dari sifu-sifu blogging dan juga pembaca blog ini. Aku dah meletakkan sasaran untuk menjadikan blog ni 100% dalam bahasa Melayu secara tidak langsung juga untuk memenuhi permintaan encik Azman Ishak. Aku akan cuba menjadikan blog ni fokus kepada blogging secara total dan apa jua benda yang berkaitan dengan blogging termasuk SEO, backlinking strategy, software-software memudahkan hidup untuk blogging dan sebagainya. Blog ini juga akan menumpukan kepada Wordpress sahaja dan akan diselitkan dengan Blogspot sekiranya ada permintaan.
Aku akan cuba mencari masa untuk update blog ini dari dibiarkan bersawang dan masa adalah sesuatu yang aku tak boleh nak bagi jaminan. Aku seorang manusia bekerjaya dan perlu membahagikan masa antara blog, kerja dan hubungan sesama manusia. Mudah-mudahan aku akan berjaya!
Dengan itu, aku merasmikan blog Mari Buat Blog ni. Sekian, terima kasih !
test komen dulu sepam !
komen kuar ke tak ni ?
oh..keluar rupanya !
Hai…tahniah bro dh ada blog…aku pn nk blajar cara berblog ni
comment macam haram !
yess….. bro teruskan usaha post blog setiap minggu…..
Bang …. perasmian takde makan-makan ke … hantar le voucher KFC ke kat kawan kawan
hahaha aku baru tau blog ni.. patut macam dah senyap je berceloteh.com yg mindaku di sini tu.. hahahaha
Testing komen….
huhhhh dah ada blog nie sejak july dah. kawan lama awak tak jempuuuu???!!!
test jugak